Sesi Pandu Uji Michelin Energy Xm2+ Vs Bridgestone

Sesi pandu uji Michelin Energy XM2+ vs Bridgestone Ecopia EP300 vs Continental ComfortContact CC6 Michelin memperkenalkan tayar XM2+ untuk kereta keluarga bersaiz kecil dan sedan. Sebuah sesi pandu uji khas disediakan membandingkan prestasi membrek dan ujian pengendalian di atas permukaan jalan basah. Istimewa kali ini adalah dua tayar pesaing utama juga disediakan sebagai perbandingan. Bukan setakat itu, ada juga perbandingan antara tiga tayar ini yang sudahpun diasah seakan tayar yang sudah haus digunakan. Selain daripada menonjolkan prestasi cengkaman, Michelin juga menyatakan bahawa XM2+ ini menawarkan sehingga 25% lebih jarak perbatuan berbanding tayar saingan utamanya. Energy XM2+ ini dibekalkan dengan sasaran jenis model kereta dan pilihan saiz utama seperti berikut: SAIZ UTAMA 205/75R14 109Q 215/65R15 104T 185/80R14 102R 195/70R15 104R 195/80R14 106R 205/70R15 106S 205/65R15 102T 215/70R15 109S *Rujuk wakil edaran untuk pertanyaan saiz-saiz lain MODEL SASARAN Honda Civic, City, Brio, Jazz; Toyota Vios, Yaris, Corolla, Innova, Avanza; Nissan March, Teana; Mitsubishi Mirage, Atrage; Ford Focus; Hyundai i10, I30, Accent; Suzuki Swift; Kia Picanto Sila ikuti kami juga di: YouTube: www.youtube.com/rodapusing Instagram: roda_pusing, hishamjahudi, tengkudjanley