Toyota Rav4 2020 Serba Baru Ulasan Pandu Pertama

Toyota Rav4 2020 Serba Baru Ulasan Pandu Pertama


Toyota RAV4 2020 Serba Baru Ulasan Pandu Pertama - Roda Pusing Review

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan spesifikasi model di hujung jari sahaja. Pelancaran secara maya yang pertama kali diadakan awal hari ini masih boleh ditonton di www.rav4my.com.

Harga Jualan Toyota RAV4 Atas Jalan Tampa Insurans:
2.0 A/T
Semenanjung Malaysia RM196,436.00
Sabah RM198,901.40
Sarawak RM198,951.40

2.5 A/T
Semenanjung Malaysia RM215,664.50
Sabah RM217,952.20
Sarawak RM218,002.20

TOYOTA RAV4 GENERASI KELIMA KINI DI MALAYSIA

RAV4 serba baru diperkenalkan oleh UMW Toyota Motor hari ini menerusi majlis pelancaran maya. Pertama kali dilakukan, model berkenaan dirasmikan oleh Presiden UMWT, Ravindran K. yang diikuti oleh sesi penstriman atas talian yang menjelaskan perincian SUVberkenaan dan kemudiannya diteruskan dengan satu wawancara eksklusif bersama Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMWT, Akio Takeyama.

“Toyota RAV4 telah menjadi penawaran wajib bari barisan kenderaan CBU kami sejakpertengahan 1990an ketika kami mula menjual model generasi keduanya. Kini, kamibawakan pula generasi kelima SUV ini, yang telah dipilih sebagai pemenang bagi Japan Carof the Year 2019-2020. Seperti sebelum ini, pelanggan akan menikmati pengalaman
pemilikan yang menyenangkan, bukan hanya dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan, tetapi juga sokongan lepas jualan di seluruh negara” jelas Ravindran K.

Terdapat dua varian ditawarkan dengan enam pilihan warna — Dark Blue Mica, Grey Metallic, White Pearl CS, Red Mica, Attitude Black dan Silver Metallic.

RAV4 serba baru ini akan berada di semua bilik pameran sah Toyota bermula 18 Jun 2020.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web toyota.com.my atau hubungi
talian bebas tol 1-800-88-3333.