Dec 23, 2020
Porsche Cayman GT4 (Manual 6-Kelajuan) Sepang Circuit Ulasan Pemanduan - Roda Pusing Review
#PerfectlyIrrational
Pembetulan video:
Winston Foong,
Porsche Malaysia Sime Darby Auto Performance
Head of Marketing & Brand Communications.
Terima kasih kepada Porsche Malaysia - Sime Darby Auto Performance memberikan peluang keemasan ini.
Model Porsche Cayman sudahpun menjadi kegemaran ramai kerana saiznya yang lebih kecil serta kedudukan enjin di bahagian tengah dan bukannya belakang seperti pada model 911 memberikan kesimbangan dan kelincahan pengendalian yang tersendiri.
Gerak-gerinya lebih sekata apabila memandu lasak dan lebih tangkas reaksinya kepada setiap tindakan pemandu. Namun walaupun Porsche adalah sebuah jenama kereta sukan, para pelanggannya terdiri daripada demografik yang cukup meluas.
Ia juga perlu memenuhi keperluan sebagai sebuah kereta mewah untuk koleksi pencinta automotif, sebuah kereta premium yang digunakan seharian dan juga sebagai kereta "lumba" yang dinikmati di litar, selain menepati kepiawaian mesra alam yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di pasaran seluruh dunia.
Oleh itu, Porsche mengambil pendekatan untuk membangunkan pelbagai jenis varian untuk menepati segala citarasa ini. Model-model siri GT daripada Porsche seperti 911 GT3, GT3RS, dan GT2RS merupakan kereta-kereta yang paling hampir mewakili jiwa motorsports Porsche.
Cayman GT4 ini adalah model GT Porsche yang paling mampu milik. Namun kedudukan enjin di tengah berbanding model 911 memberikannya citarasanya yang tersendiri.
Antara keunikan GT4 berbanding Cayman 718 lain adalah enjin tanpa turbo. Ini ditekankan kerana enjin tanpa turbo memberikan satu lagi aspek kawalan pengendalian kepada pemandu. Ini kerana kawalan kuasa amat penting ketika memandu sehingga melebihi had cengkaman.
Selain itu, chassis dan sistem penyanggaan (suspension) sudah diubah hampir kesemuanya kepada komponen GT seperti yang dilihat pada 911 GT3. Hasil kesemua perubahan ini adalah sebuah kereta yang cukup serasi dipandu di litar lumba.
Namun ia tetap kereta untuk jalan raya awam. Masih ada tahap keselesaan dan penghalusan yang sangat tinggi. Dalam video boleh saksikan bagaimana suara pemandu & jurulatih masih kedengaran jelas dirakam oleh mikrofon terbuka, walaupun bunyi jeritan enjin yang merdu tapi lantang sewaktu putaran rpm tinggi pecutan maksima.
Gaya perjalanannya juga masih cukup selesa, dengan talaan penyerap hentak dan slring yang begitu bermutu tinggi. Jadi ia bukanlah benar-benar seakan sebuah kereta lumba, tapi tetap cukup mengujakan ketika di litar. Yang paling utama, ia dapat memberikan prestasi maksima untuk tempoh yang lama tanpa henti.
Sistem brek contohnya melebihi keperluan asas, sepanjang kami di litar, langsung tiada kesan kelesuan. Begitu juga enjin, transmisi, klac mahupun tayar; Michelin Pilot Sport Cup 2.
Selagi kita ingati bahawa ini bukannya kereta lumba sepenuhnya yang khusus semata mengejar catatan masa, Cayman GT4 ini mampu memberikan kepuasan pemanduan lasak yang sukar ditandingi pada mana-mana tahap harga kereta sukan sekalipun.
Satu aspek yang menjadi rungutan ramai adalah nisbah gearnya yang terlalu panjang. Ada khabar berita yang mengatakan Porsche tidak mampu membangunkan transmisi serba baru khas untuk GT4 kerana bilangan produksi yang kecil tidak mengizinkan.
Ada pula yang melaporkan bahawa ini adalah untuk kepiawaian mesra alam, menghadkan pengeluaran bahan sisa serta kadar penggunaan bahan api. Transmisi PDK yang baru saja diperkenalkan untuk GT4 ini dapat menyelesaikan isu ini dengan nisbah gear yang jauh lebih pendek.
Walaubagaimanapun, para peminat tegar GT4 ini akan tetap menginginkan transmisi manual demi keseronokan memandu. Di Sepang, nisbah panjang ini tidaklah begitu besar impak negatif. Tapi kami dapat bayangkan di jalan raya awam, mungkin menggugat kepuasan apabila hanya dapat rpm maksima dalam gear 2 ketika sudah melangkaui 130km/j!
Silakan tonton video. Untuk maklumat lengkap sila layari:
https://www.porsche.com/pap/_malaysia_/models/718/718-cayman-gt4/718-cayman-gt4/