Ford Ranger Xl

Ford Ranger Xl

Nov 02, 2020

FORD RANGER XL
- Dibina Untuk Kesempurnaan Tugasan Anda

Ford Ranger 2.2L XL adalah rakan tugasan yang dipercayai. Cukup berkeupayaan, cekap dan selesa. Model ini hadir dengan 2 pilihan transmisi dan 2 pilihan kabin.

Varian Double Cab boleh didapati dengan transmisi 6-kelajuan sama ada automatik ataupun manual. Manakala varian Single Cab didatangkan dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Kemampuan berat muatan sehingga 1,000 kg serta kapasiti tunda sehingga 3,500 kg memastikan Ford Ranger XL sedia berkhidmat sambil merentasi segala cabaran pemanduan dengan mudah. Ruang muatan belakang untuk varian Single Cab yang mencecah 1.8m3 memberikan kepelbagaian penggunaan yang dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Jentera lasak ini tetap dilengkapi pelbagai sistem kawalan pemanduan elektronik untuk meningkatkan lagi keupayaannya merentas desa dengan selamat dan selesa. Selain Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Kawalan Cengkaman, ia juga dilengkapi Kawalan Menurun/Mendaki Bukit (HDC/HLA), Pengurang Golekan (ROM) serta Kawalan Olengan Trak (TSC).

Dengan Ford Ranger 2.2L XL, segala tugasan anda dapat diselesaikan dengan penuh keyakinan dan kepercayaan.

Untuk memudahkan lagi pemilihan anda untuk trak pikap penuh lasak ini, pihak Sime Darby Auto ConneXion kini menawarkan rebat tunai sehingga RM7,000 untuk model Ranger XL terpilih. Tawaran ini boleh didapati kini sehingga 31 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.sdacford.com.my/bm/model/trak/ranger-xl/laman-utama


Follow Us

About Us

Malaysian Motoring Video Broadcaster Please visit our YouTube Channel for our Videos: https://www.youtube.com/user/RodaPusing

Our Album