SDAC-Ford Lancarkan Pelan Waranti Lanjutan Baharu

SDAC-Ford Lancarkan Pelan Waranti Lanjutan Baharu

Feb 01, 2021

SDAC-Ford Lancarkan Pelan Waranti Lanjutan Baharu

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Februari 2021 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini memperkenalkan waranti pengeluar 5 tahun1 bagi barisan Ranger mereka, iaitu tambahan dua tahun untuk waranti pengeluaran 3 tahun yang ditawarkan sebelum ini – memberikan nilai tambah yang lebih baik kepada para pemilik Ranger.

Selain itu, dua Pelan Waranti Lanjutan2 (Extended Warranty Plan) untuk pemilik Ford Ranger sedia ada turut diperkenalkan.

Dua pelan ini dikenali sebagai PremiumCARE dan PowertrainCARE di mana-mana Pusat Servis Ford yang sah.

Pelan PremiumCARE menawarkan perlindungan menyeluruh selama dua tahun untuk lebih daripada 1,000 komponen, manakala pelan PowertrainCARE menawarkan waranti lanjutan selama dua tahun bagi enjin, transmisi dan drivetrain.

Untuk maklumat lebih lanjut bagi Waranti 5 Tahun1 dan Pelan Waranti Lanjutan2 (Extended Warranty Plan) atau pun berita terbaharu tentang Ford, sila layari www.sdacford.com.my


Follow Us

About Us

Malaysian Motoring Video Broadcaster Please visit our YouTube Channel for our Videos: https://www.youtube.com/user/RodaPusing

Our Album