Ford Ranger Raptor Baru

Ford Ranger Raptor Baru

Oct 13, 2020

FORD RANGER RAPTOR BARU

Mana mungkin berpuas hati. Mempersembahkan raja trak pikap bertaraf premium dengan prestasi yang tiada tolok bandingan.

Trak pikap terulung di Malaysia, Ford Ranger Raptor, masih tiada tandingannya dari segi prestasi kuasa, sistem pacuan mahupun pengendalian.

Lihat saja enjin 2.0 liter disel dwi-turbo dengan catatan kuasa 213PS dan tork 500Nm, serta transmisi 10-kelajuan. Dilengkapkan juga dengan gandingan sistem suspensi Fox Racing Shox dan tayar yang istimewa, menawarkan kelegaan tanah setinggi 283mm dan tahap redahan air paling tinggi dalam segmen iaitu 850mm.

Ia melakar sejarah sejak mula diperkenalkan di pasaran Malaysia sebagai trak pikap prestasi tinggi yang memecah tradisi dengan menawarkan keupayaan dan gaya pemanduan yang melangkaui segmen trak pikap. Malah prestasi pemanduannya jelas mengatasi jenis kenderaan lain yang lebih khusus untuk pemanduan yang rancak.

Kemampuan prestasi ini pula dapat dinikmati atas pelbagai jenis permukaan jalan sama ada berturap mahupun tidak, dengan tahap keselesaan perjalanan yang di luar jangkaan. Mod-mod pemanduan khas Sport dan Baja diperbolehkan dengan tetapan sistem pacuan 4 roda berserta pembeda e-kunci gandar belakang seperti Grass/Gravel/Snow, Mud/Sand dan Rock.

Kini kemampuan serba-boleh Ford Ranger Raptor Baru dipertingkatkan lagi dengan kelengkapan sistem keselamatan canggih yang pertama dalam segmennya iaitu Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Brake Kecemasan Autonomi (AEB) dan Amaran Tersasar Lorong (LDW).

Untuk memudahkan lagi pemilihan anda untuk trak pikap luar biasa ini, pihak Sime Darby Auto ConneXion kini menawarkan pakej penyelenggaraan 2 tahun percuma (4 servis atau 40,000km yang mana dahulu), ataupun rebat RM2,000. Tawaran ini boleh didapati kini sehingga 31 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.sdacford.com.my/bm/model/trak/ranger-raptor/laman-utama


Follow Us

Our Album