Kilang Kereta Elektrik Hyundai Era Baru Di Singapura

Kilang Kereta Elektrik Hyundai Era Baru Di Singapura

Oct 14, 2020

KILANG KERETA ELEKTRIK HYUNDAI ERA BARU DI SINGAPURA
-Siap Dengan Landasan Pendaratan Kereta Terbang (Dron Penumpang).

Acara pecah tanah baru saja dilaksanakan di kawasan perindustrian Jurong di atas tapak dengan keluasan melebihi 5 padang bola. Kilang serba canggih Hyundai ini menandakan kembalinya industri pengeluaran kereta di Singapura.

Dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 30,000 kereta setahun, kilang ini juga memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui melalui penggunaan sistem solar serta bahan api hydrogen.

Seumpama sebuah visi dalam sebuah filem science fiction, kilang ini bakal disiapkan pada penghujung 2022. Pelanggan dapat menempah dan membuat pilihan kelengkapan kereta melalui telefon pintar dan juga menyaksikan secara langsung proses pemasangan kereta mereka.

Apa pula rancangan kenderaan generasi hadapan (NxGV) untuk Malaysia?

https://www.straitstimes.com/singapore/transport/carmaking-returns-with-new-smart-plant-in-jurong

https://youtu.be/xdpRMQahzVY


Follow Us

About Us

Malaysian Motoring Video Broadcaster Please visit our YouTube Channel for our Videos: https://www.youtube.com/user/RodaPusing

Our Album