Kedai Makan Baru Kami Di G'zox Glenmarie -

Sep 27, 2020


Kedai Makan Baru Kami di G'Zox Glenmarie - Roda Pusing Warta

Syukur alhamdulillah kami diberikan peluang untuk membuka cawangan kedai makan yang kedua di Taman Perindustrian Temasya, Glenmarie, Shah Alam.

Kami akan beroperasi daripada sebuah cafe kontena di perkarangan pusat perapian & kecantikan G'Zox terbaru. InsyaAllah kami akan berikan juga tumpuan untuk menghasilkan kandungan video panduan tentang penjagaan & perapian kereta dengan usahasama G'Zox.

Nantikan perkongsian kami untuk projek pemulihan cat pada Persona RQ kami yang berumur 3 tahun dan telah lama terabai keadaan catnya sejak rawatan selaput PPS pada tahun pertama pemilikan.

InsyaAllah dapat berjumpa di sini bermula pertengahan Oktober, boleh luangkan masa minum kopi sambil sembang kereta.


Follow Us

About Us

Malaysian Motoring Video Broadcaster Please visit our YouTube Channel for our Videos: https://www.youtube.com/user/RodaPusing

Our Album