Petronas Dagangan Berhad Perluas Rangkaian Makanan Dan Minuman

Petronas Dagangan Berhad Perluas Rangkaian Makanan Dan Minuman

Oct 02, 2020

PETRONAS DAGANGAN BERHAD PERLUAS RANGKAIAN MAKANAN DAN MINUMAN MELALUI MAKAN@MESRA
Konsep Baharu Tawar Sajian Premium Segar, Seimbang dan Mudah dengan Harga Mampu Milik

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2020 – PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini memperkenalkan Makan@Mesra di stesen PETRONAS Taman Setiawangsa, satu sudut makanan baharu dalam Kedai Mesra yang telah diubah suai khusus untuk menawarkan sajian premium yang segar, seimbang dan mudah, dengan kebanyakan barangan berharga di bawah RM12. Konsep baharu ini adalah salah satu usaha berterusan PDB untuk mengembangkan perniagaan bukan berasaskan bahan api di samping meningkatkan pengalaman pelanggan di Kedai Mesra melalui peluasan produk dan perkhidmatan, termasuk pengubahsuaian rangkaian Kedai Mesra.

Sebagai tempat untuk mendapatkan makanan berkonsep “grab-and-go”, Kedai Mesra kini menawarkan rangkaian makanan dan minuman yang lebih luas termasuk pastri segar yang baru dibakar, sajian “to-go” yang disediakan setiap hari, pencuci mulut dan air melalui Makan@Mesra. Selain itu, Kedai Mesra yang diperbaharui kini menawarkan pendingin, mesin kopi dan ketuhar gelombang mikro untuk kemudahan para pelanggan. Bahagian dalam Kedai Mesra juga telah diubah suai bagi membangkitkan suasana yang selesa dan mesra sebagai sebahagian daripada usaha PDB dalam merancang pengalaman pelanggan yang holistik merangkumi perjalanan pelanggan, suasana dan penawaran.

Bercakap pada majlis pelancaran ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, “Kami mencuba konsep ini untuk pertama kali di stesen PETRONAS Jalan Kolam Ayer Lama di Ampang pada tahun lepas dan melihat peningkatan permintaan untuk makanan “on-the-go”. Berdasarkan kejayaan ini, kami yakin konsep ini dapat diperluaskan agar pelanggan dapat menikmati pengalaman runcit terbaharu di stesen kami.”

“Sehingga kini, kami mempunyai tujuh stesen yang menawarkan konsep baharu ini dan mensasarkan 15 lagi stesen pada akhir tahun ini, dan lebih 200 lagi pada akhir 2021,” tambah beliau.

Beberapa item baru baharu dalam menu termasuk sandwic club dan daging, salad dengan salmon salai dan snow white fish, ayam panggang, ayam kung pao dengan nasi, English trifle, puding roti, oat, buah-buahan campuran, dan lain-lain. Semua sumber barangan ini diperolehi daripada pembekal tempatan dengan memberi penekanan kepada bahan yang segar dan berkualiti. Ia juga sejajar dengan komitmen PDB untuk mempromosikan pengusaha tempatan melalui kempen Love Local.

Ia juga memaparkan produk daripada vendor tempatan kecil dan sederhana seperti jus sparkling segar Tapping Tapir, Nasi Lemak Saleha dan kuih tempatan oleh Sri Talamaz.

Tambah Azrul, “Pada masa lalu, pelanggan kami telah menikmati tawaran sarapan yang cepat dan siap untuk dimakan dengan harga berpatutan. Melalui pengenalan Makan@Mesra, kami meningkatkan pengalaman pelanggan dan meluaskan penawaran kami yang kini tidak hanya terhad kepada sarapan sahaja, dengan pilihan lebih berkualiti untuk memastikan pelanggan kami dapat menikmati makanan sedia dimakan (ready-to-eat) yang seimbang sepanjang hari. Kami juga berharap untuk mengembangkan menu sedia ada kerana kami sedang meneroka pembekal tempatan berpotensi yang menawarkan makanan dan minuman yang sesuai dengan konsep Makan@Mesra.”

Makan@Mesra baharu boleh didapati di PETRONAS Jalan Kolam Ayer, PETRONAS MRR2 Ampang, PETRONAS Cyberjaya 1, PETRONAS Mutiara Damansara, PETRONAS Kota Kemuning, PETRONAS Kota Damansara and PETRONAS Taman Setiawangsa.

Untuk maklumat lanjut tentang Makan@Mesra, sila layari www.mymesra.com.my.


Follow Us

Our Album