Juara Esports Racing Dapat Peluang Pandu Uji Jentera

Aug 04, 2020


Juara Esports Racing Dapat Peluang Pandu Uji Jentera Formula Renault di Sepang - Roda Pusing Wacana

Mior Hafiz, seorang "gamer" berjaya menjadi juara kejohanan e racing eRGP SEA 2019 anjuran Axle Sports yang diterajui bekas pemandu F1 negara Alex Yoong F1. (https://ergpsea.com) ERacing GP SEA

Beliau meraih hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM5,000 beserta sesi pandu uji sehari dengan jentera lumba Formula Renault 2.0 di litar Sepang yang bernilai sekitar RM20,000.

Sesi pandu uji ini bersama pasukan Black Arts Racing (http://www.blackartsracing.com) sepatutnya dilaksanakan bulan April lepas tetapi tertangguh akibat PKP.

Program kejuaran eRGP ini bermatlamat mencari juara sukan permotoran antarabangsa daripada kalangan anak-anak muda tempatan yang tak mungkin berkemampuan untuk memceburi bidang ini secara tradisi.

Nantikan musim kejuaran baru tidak lama lagi di mana Roda Pusing TV akan menjadi rakan usahasama, berganding bahu dengan pasukan Alex Yoong untuk menjadikan impian para peminat sukan permotoran negara suatu kenyataan.

#ergpsea #realisingdreams


Follow Us

About Us

Malaysian Motoring Video Broadcaster Please visit our YouTube Channel for our Videos: https://www.youtube.com/user/RodaPusing

Our Album