Jan 20, 2020
PETRONAS Sprinta Dengan UltraFlex Diformulasikan Untuk Menembusi Pasaran Global
PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) baru-baru ini melancarkan minyak enjin motosikal PETRONAS Sprinta dengan UltraFlex untuk pasaran Malaysia dan seterusnya India, Thailand, Indonesia & Vietnam.
Kelebihan formulasi barisan produk baru ini adalah prestasinya sudahpun teruji di pentas MotoGP dengan pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PSRT) yang memenangi anugerah Pasukan Bebas (Best Independent Team) bagi musim 2019.
Penunggang pasukan PSRT pula, Fabio Quartararo dinobatkan sebagai Penunggang Rookie Terbaik (Rookie of the Year) setelah dia berjaya merebut enam petak pertama (pole position) dan meraih tujuh podium, untuk mengakhiri kejuaraan dunia MotoGP 2019 dengan kedudukan ke-5 keseluruhan.
Untuk motosikal umum, barisan Sprinta baru ditawarkan untuk semua jenis motosikal. Daripada motosikal berkuasa rendah sehingga jenis prestasi berkuasa tinggi.
Tumpuan khusus diberikan kepada perlindungan enjin dan transmisi pada apa jua keadaan penunggangan. Terutamanya pada suhu yang tinggi. Memastikan prestasi responsif dan lancar yang serta merta.
Ia juga membantu mengurangkan enapan serta memenuhi kepiawaian alam sekitar global seperti Euro 5 dan Bharat Stage (BS) 6.
Walaupun ditunggang pada rpm tinggi dengan tekanan melampau, PETRONAS Sprinta dengan UltraFlex mampu mengekalkan kekuatan filem minyak melalui kawalan pelucutan agar kelikatan dipelihara. Ini memastikan bahagian kritikal motosikal dilindungi untuk menghasilkan prestasi maksimum dan menjamin enjin tahan lebih lama.
Barisan minyak pelincir PETRONAS Sprinta dengan UltraFlex jenis mineral, separa mineral dan sintetik penuh kini boleh didapati di semua kedai Mesra PETRONAS dan bengkel rakan niaga PETRONAS seluruh negara. Harga bermula RM15 hingga RM67 sebotol.