Pulau Pinang, 6th January 2020 – Boon Siew

Pulau Pinang, 6th January 2020 – Boon Siew

Jan 06, 2020

Pulau Pinang, 6th January 2020 – Boon Siew Honda membuka lembaran baru tahun 2020 dengan pengenalan Honda RS150R baharu. Rekaan Honda RS150R kini dipertingkat dengan rekaan lebih sporty ditambah dengan sentuhan premium. Selaras dengan konsep ini, fender belakang telah direka semula bagi menampilkan lampu brek yang lebih runcing sekaligus mempertingkatkan visual keseluruhan.

Selain daripada rekaan yang menonjol, Honda RS150R ini turut mendapat kemasan moden bagi mempertingkatkan keselesaan penunggang antaranya panel meter LCD digital baharu untuk paparan berteknologi tinggi. Fungsi terbaru ini untuk memudahkan penunggang melihat dengan jelas, terang dan lengkap informasi di panel meter. Ciri ini menyampaikan lagi perwatakan RS150R yang lebih fokus penunggang..
Honda RS150R ini turut didatangkan dengan rekaan grafik terbaru lantas mengangkat rekaan sporty ke taraf yang lebih tinggi. RS150R serba baharu kini menawarkan warna Trico Honda termasuk warna pilihan sedia ada - Hitam, Biru dan Edisi Repsol.
Honda RS150R kekal dijana dengan enjin 149.2cc empat valve DOHC 6 kelajuan yang menghasilkan 11.5kW pada 9,000rpm dan 13.6Nm tork pada 6,500rpm.

Variasi warna Honda RS150R – Trico, Pearl Magellanic Black, Pearl Nightfall Blue Repsol

Varian dan harga adalah seperti berikut:
Standard (Trico, Black, Blue) : RM8,199
Repsol : RM8,499

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda RS150R, sila layari laman sesawang www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi Boon Siew Honda di talian tol percuma 1800- 88-3993 (Isnin hingga Jummat 9 pagi – 5 petang, kecuali cuti umum


Follow Us

Our Album