Dec 19, 2019
Majlis Sambutan Influencer Media Sosial PETRONAS Dagangan
Kami dijemput hadir bersama Bintang-bintang seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Neelofa, Sharifah Sakinah, Diana Danielle, Shuib Sepahtu, Yann Lee, Naim Daniel, Ismail Izzanim, Chef Fendi, Anis Nabilah dan lain-lain.
Pengarah Pengurusan PDB Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir berkongsi misi syarikat dan bagaimana jenama PETRONAS dapat berusaha sama dengan influencer dengan lebih jayanya.
Kejayaan usaha pemasaran PDB pada 2019 terpahat dengan kemenangan Platinum Award di Putra Brand Awards untuk PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive yang dilancarkan Januari 2019.