Mar 03, 2021
MEMPERKENALKAN FORD RANGER RAPTOR X - EDISI KHAS
Pada tahun 2020, trak pikap prestasi tinggi terulung Malaysia dipertingkatkan lagi dengan kelengkapan sistem keselamatan canggih yang pertama dalam segmennya iaitu Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki dan Amaran dan Bantuan Keluar Laluan (LDW).
Kini Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd memperkenalkan sebuah Edisi Khas iaitu Ford Ranger Raptor X. Edisi yang dicipta khusus untuk peminat tegar Ford Range Raptor ini tampil dengan warna merah yang menyerlahkan lagi keistimewaan trak pikap ini.
Tambah lagi ciri kelengkapan unik kepada Edisi Khas ini seperti Kamera 360˚, Perakam Video Dwi Digital, Alas Kaki Raptor X dan Pelekat Decal Halilintar pada bahagian badan. Gandingan prestasi pemanduan dan ekspresi Edisi Khas yang unik ini semestinya memastikan Ford Ranger Raptor X kekal sebagai trak pikap prestasi tinggi terulung yang digilai ramai.
Ketahui lebih lanjut serta daftar untuk pandu uji di:
https://www.sdacford.com.my/bm/model/trak/ranger-r...