Jan 16, 2017
''Punyalah banyak peraduan palsu, sampai yang betul pun orang tak percaya.'' Itulah rungutan Farhan Ali dari FSR Technology, sebuah syarikat tempatan yang menghasilkan ECU pengganti untuk motosikal berkapasiti kecil.
Mengikut Farhan, ECU TuneBoss keluaran FSR Technology dapat meningkatkan prestasi motosikal.
Betul kah apa yang dikatakan oleh Farhan? Mungkin Roda Pusing perlu meneliti teknologi ini dengan lebih mendalam.
Tapi, buat masa ini bolehlah mencuba nasib dengan pertandingan FSR Technology yang menawarkan hadiah sebuah motosikal Honda RS150R yang telah ditambahbaik dengan unit ECU TuneBoss.
Untuk maklumat lanjut, sila ke FB FSR Technology. Selamat mencuba!