Modenas Hari Ini Melancarkan Model Terbaharu Keluaran Mereka

Modenas Hari Ini Melancarkan Model Terbaharu Keluaran Mereka

Sep 08, 2015

MODENAS hari ini melancarkan model terbaharu keluaran mereka CT115S dengan tema “Rasai Perbezaannya”.
Pelancaran CT115S telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, YBhg. Brig. Gen (K) Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil.
Model CT115S merupakan sebuah model baharu dalam varian model CT yang dibangunkan 100% oleh unit Penyelidikan dan

Pembangunan MODENAS berpangkalan di Gurun, Kedah.
Penyelidikan dan Pembangunan ini mengambil masa selama 2 tahun untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan motosikal CT115S.

Mengambil kira pandangan dan kehendak pengguna, CT115S tampil dengan lebih ‘Sporti dan Trendi’, sesuai untuk pengguna yang mementingkan rekabentuk terkini dan aktif.

“Kami mensasarkan golongan muda berumur dari 16 hingga 35 tahun untuk model baharu CT115S ini.

Dengan rekabentuk yang lebih aerodinamik untuk memastikan laluan angin yang lebih efektif, secara tidak langsung ianya dapat membantu prestasi dan kestabilan penunggangan.

Penggunaan suspensi “Mono” yang boleh diubah lima tahapan merupakan ciri tambahan yang dapat membantu pemilik motosikal untuk menyelaraskan suspensi mengikut gaya dan keselesaan tunggangan yang tersendiri.

Model CT115S juga dilengkapi dengan pengecas elektronik serbaguna bagi memberi kemudahan kepada pengguna yang kerap berulang-alik sama ada untuk ke tempat kerja atau ke kolej,” ujar En. Amirudin Abd Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif, MODENAS.

MODENAS telah menetapkan harga yang amat kompetitif bagi model MODENAS CT115S iaitu kurang daripada RM5000.00 seunit. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan persaingan sengit dari jenama lain, MODENAS mensasarkan jualan sebanyak 1500 unit sebulan.

Model ini diharap dapat mengukuhkan penguasaan pasaran motosikal MODENAS dari 9% kepada 12% bagi tahun 2015 selaras dengan strategi dan hala tuju syarikat untuk menjadikan jenama motosikal MODENAS Nombor 1 menjelang tahun 2020.

Roda Pusing akan dapat mencuba model baru ini tak lama lagi, saksikan nanti test ride CT115 kami.


Follow Us

Our Album