Minggu Lepas Kami “post” Tentang Sistem Pembayaran Elektronik

Minggu Lepas Kami “post” Tentang Sistem Pembayaran Elektronik

Sep 18, 2015

Minggu lepas kami “post” tentang sistem pembayaran elektronik penuh dan agak banyak komen diterima.

Komen-komen anda membuat kami tertanya-tanya bagaimana pula sistem di negara lain?

Sudah tentu ramai yang segera sebut sistem ERP di Singapura yang tidak perlu untuk memperlahankan kenderaan langsung.

Tetapi sebenarnya ada lagi yang lebih pantas. Seperti sistem yang digunakan di lebuhraya di Melbourne, Australia oleh SICE yang juga digunakan secara meluas di serata dunia.

Sistem itu dapat mengesan kenderaan dengan kelajuan sehingga 160km/h, jauh melebihi had laju yang terletak berhampiran tol yang rata-rata pada kira-kira 30km/j sahaja.
http://fresno.ts.odu.edu/newitsd/ITS_Serv_Tech/elec_toll_coll/electronic_toll_collection_report_print.html

Ada juga yang komen mengatakan apabila berpindah ke pembayaran elektronik, ia menjadikan sukar bagi orang-orang yang hanya memandu di lebuh raya sekali-sekala.

Sebuah sistem yang menangani isu ini juga wujud di Australia, di negeri Queensland pula kali ini. https://www.qld.gov.au/transport/safety/tolls/pay/

Ia menggunakan sistem tag seperti biasa dan meletakkan kad ke dalam sebuah unit pemancar seperti sistem ERP Singapura.

Yang istimewanya ialah anda juga boleh memilih untuk mendaftar dengan sistem video. Ia mengenali pengguna menggunakan video yang merakam nombor pendaftaran kenderaan.

Dengan sistem ini, anda sama ada boleh membuka akaun tetap jika anda pengguna kerap atau membeli pas jika hanya pengguna sekali-sekala.

Pengguna yang tidak ada akaun masih boleh menggunakan lebuhraya itu dan tidak akan didenda jika membayar caj tol itu dalam masa tiga hari selepas melaluinya.

Yang membuatnya lebih senang ialah pengguna juga boleh membuat bayaran pas atau akaun video secara online, sesuatu yang jelas kekurangan dengan sistem TouchNGo di Malaysia.

Walau bagaimanapun, TouchNGo masih mempunyai sistem automatik jika anda mendapatkan kad kredit Maybank Zing dan seumpamanya.

Setelah menilai banyak sistem yang kini beroperasi di serata dunia, sistem pembayaran secara elektronik sepenuhnya sememangnya satu langkah positif.

Walaupun agak kekok pada masa ini, tetapi di masa hadapan sistem tanpa tunai ini mungkin menjadi satu kelaziman. Tambah lagi apabila sistem bayaran ini boleh juga digunakan untuk pelbagai urusan lain seperti pengangkutan awam, parkir kereta dan mungkin juga di kedai runcit dan pasaraya.

Seperti kata pepatah, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Moga-moga begitulah hendaknya.


Follow Us

Our Album