Sep 28, 2015
Jerebu datang lagi selepas beberapa hari yang cerah, tetapi kali ini dengan kekuatan yang berganda.
Walaupun tidak dapat berehat dirumah seperti anak-anak sekolah, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan kesan jerebu ketika memandu atau menunggang ke tempat kerja.
1 - Mendapatkan topeng N95 bagi membolehkan menggunakannya ketika berjalan dari kereta dan bangunan pejabat. Untuk penunggang motosikal pula, sebaik-baiknya gunakan topeng N95 semasa menunggang.
Topeng seperti yang digunakan oleh doktor atau jururawat adalah tidak mencukupi atau sesuai kerana ia tidak dapat menapis habuk jerebu dengan berkesan.
2 - Biasanya penglihatan adalah lebih baik apabila matahari berada tinggi dilangit, tetapi kami nasihatkan supaya anda menyalakan lampu ketika memandu supaya senang pemandu lain menyedari kereta anda.
3 - Jarakkan pemanduan anda dari kenderaan dihadapan kerana penglihatan terhad terutamanya ketika memandu pada awal pagi dan lewat petang, penglihatan anda mungkin terganggu dan tidak secekap hari-hari tanpa jerebu teruk.
4 – Gunakan fungsi “re-circulate” pada alat penghawa dingin kereta anda supaya ia mengedarkan kembali udara kabin dan bukan menyedut udara luar, ini adalah kerana kebanyakan kereta moden mempunyai penapis udara untuk kabin.
Selain itu pastikan anda minum banyak air dan gunakan ubat titis mata.
Ada tips lain yang mungkin anda boleh kongsi?
#jerebu #memandudalamjerebu