Oct 06, 2015
Ada yang bertanya lanjut tentang pemanduan prestasi tinggi. Kebanyakan video pemanduan di litar seperti Sepang Circuit yang luas dan halaju tinggi kurang menampakkan aksi pengendalian. Pemanduan di litar autocross lebih jelas dilihat teknik yang digunakan dan sememangnya pertandingan autocross antara yang terbaik untuk memajukan kemahiran pemanduan prestasi tinggi.