Kenyataan Terkini Tentang Sistem Aes Membuat Kami Rasa

Kenyataan Terkini Tentang Sistem Aes Membuat Kami Rasa

Oct 20, 2015

Kenyataan terkini tentang sistem AES membuat kami rasa belah bagi. Memanglah seronok hutang saman dilupuskan. Tapi bagaimana sampai boleh jadi begini? Mengapa sistem yang serba tak betul ini dibenarkan beroperasi? Dan bagaimana pula semua saman yang sudah dipungut sebelum ini?

Adilkah kepada mereka yang akur undang-undang & segera membayar saman? Iktibar daripada kejadian ini lebih mendorong pihak awam untuk melengahkan bayaran saman.

Isu utama yang kami kenalpasti dalam sistem AES ini adalah dasar operasinya. Gandingan kerajaan & pihak swasta tidak sesuai. Pihak kerajaan mahukan keselamatan jalanraya & penegahan pemanduan melebihi had laju.

Rakan kongsi pihak swasta yang melabur modal besar inginkan seberapa ramai pengguna jalanraya disaman demi meraih keuntungan besar selain pulangan modal.

Jika kerajaan menginginkan semua lokasi camera dipenuhi papan isyarat amaran supaya pemandu akur had laju, pihak swasta mahukan camera tersorok agar dapat menghendap & memaksimakan saman.

Pendekatan rakan swasta ini mungkin tidak menjadi isu jika kerajaan juga inginkan semua pemandu sentiasa berwaspada had laju kerana tiada amaran dipamerkan atau lokasi berubah tanpa makluman. Tapi wajarkah pihak kerajaan memainkan peranan sang penghendap? Matlamat utama iaitu menjaga keselamatan jalanraya mudah ditafsirkan umum sebagai lebih kepada memerangkap & saman, bukannya menjaga keselamatan jalanraya.

Walau apapun dikatakan, AES akan tetap diteruskan. Apa bezanya rakan swasta baru ini berbanding yang dahulu & apa langkah-langkah baru yang diambil demi perbaiki sistem operasi yang telahpun gagal? Mungkinkah pelupusan saman berulang lagi? Semua ini masih lagi menjadi tanda tanya.


Follow Us

Our Album