Oct 29, 2015
Tudia, Malaysia boleh! Sistem AWD Honda hasil kerjatangan anak Malaysia.
Tidak diketahui ramai bahawa sistem "All-Wheel Drive" dari Honda telah direkacipta oleh sekumpulan jurutera Jepun yang diketuai Nor Hairuddin.
Berumur 41 tahun, Hairuddin yang berasal dari Pahang telah menetap di Jepun selama 20 tahun dan bekerja dengan Honda selama 14 tahun.
Mengikut Hairuddin, minat pada benda mekanikal bermula dari dia menolong dikedai motosikal milik bapanya.
Dari situ dia berlajar dengan tekun sehingga mendapat meneruskan pelajaran di Universiti Kyoto di Jepun.
"Kita mesti fokus untuk mengejar impian kita dan bekerja keras untuknya. Saya percaya orang Malaysia mampu untuk menjadi pakar didalam apa jua bidang walaupun dinegara lain.
Syarikat global seperti Honda amat menghargai bakat keupayaan seseorang tidak kira rupa, dari mana dan agama, anda cuma perlu tunjukkan yang anda boleh membuat kerja itu dengan baiksekali," Nor Hairuddin.