Motosikal Bmw Mampu Milik?!

Motosikal Bmw Mampu Milik?!

Oct 30, 2017

Motosikal BMW Mampu Milik?!

BMW Malaysia melancarkan tiga model baru sempena perlumbaan MotoGP Malaysia 2017 yang berlansung di litar Sepang pada hujung miggu lalu.

Antara tiga model itu adalah BMW HP4 Race, BMW G 310 GS dan BMW S 1000 XR.

Dengan harga RM 29,900.00, G 310 GS tampak amat menarik bagi kami sebagai motosikal mampu milik dari jenama premium ini.

Dikuasai enjin silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair yang sama digunakan pada model G 310 R, ia berkapasiti 313cc silinder tunggal dicondongkan ke belakang dan kepala silinder diputar 180 darjah.

Dengan pengeluaran 34hp pada 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm pada 7,500rpm, konfigurasi enjin ini dikatakan membolehkan bekalan campuran udara segar dan bahan api disalurkan dengan lancar di samping memberi kesan positif ke atas seni bina motosikal ini yang padat dan hanya seberat 169kg

Dari segi suspensi, BMW G 310 GS menggunakan kerangka besi tubular dengan bahagian belakang dipasang secara bolt-on. Suspensi hadapan terdiri dari unit fork terbalik (upside-down) manakala suspensi belakang pula menggunakan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung dipasang terus padanya.

BMW G 310 GS didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu hitam bukan metalik (Cosmic Black), merah bukan metalik (Racing Red) dan putih mutiara metalik (Pearl White).

Harga runcit (tidak termasuk insurans dengan GST) model-model baharu ini ialah:
BMW HP4 Race - RM 520,900.00
BMW G 310 GS - RM 29,900.00
BMW S 1000 XR - RM 105,900.00

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.bmw-motorrad.com.my/shtml/model/enduro/g310gs_overview.shtml atau
http://www.bmw-motorrad.com.my/shtml/index.shtml


Follow Us

About Us

Malaysian Motoring Video Broadcaster Please visit our YouTube Channel for our Videos: https://www.youtube.com/user/RodaPusing

Our Album