May 28, 2015
NASIM LANCAR PEUGEOT 508
Nasim Sdn Bhd baru sahaja tadi melancarkan kereta Peugeot 508 yang terbaru. Dilengkapi system pencerahan LED sepenuhnya dari lampu utama ke lampu kabus, DRL dan lampu belakang.
Menghiasi setiap penjuru adalah rim alloy 18inchi yang ringan, ia bukan saja cantik tetapi juga membantu system suspensi untuk perjalanan yang stabil.
Dibahagian dalamnya pula dilengkapi skrin sesentuh 7-inchi HD pelbagaiguna yang menggabungkan system navigasi, telefon, sistem kereta, multimedia, kamera undur, pembantu pemanduan, penyambungan digital dari Bluetooth, USB, CD/MP3 player, premium JBL HIFI dengan10 pembesar suara dengan subwoofer, Arkarmys 3D sound processor dan Peugeot Jukebox.
Panel meterya pula dibantu dengan unit pemancar informasi ke hadapan pandangan pemandu. Untuk menepati permintaan keret dikelas serbegini, 508 juga dilengkapi dengan system masuk dan pandu tanpa kunci, lampu hadapan pintar, brek parkir automatik, kerusi berkuasa elektrik.
Variasi SWP THP didatangkan dengan bonet bermotor dan bumbung kaca panoramic manakala variasi GT menggunakan rim alloi ringan 19inchi, kerusi berbalut kulit Nappa dan fungsi mengurut dibahagian pemandu.
Fungsi keselamatan pula didatngkan dengan enam beg udara, ESP, ABS, EBD, EBA, AS dan DSC. Ia diiringi system Bantu mendaki, dua pusat ISOFIX dibelakang dan BLISS.
Varian THP dan SW THP dikuasai enjin 1.6liter twin-scroll turbo tekanan tinggi yang menghasilkan 165PS and 240Nm kuasa tork.
Varian GT pula menggunakan enjin turbodiesel HDI 2.2liter yang menjana 206PS kuassa kuda dan 450Nm tork.
Kedua-dua enjin itu digabungkan dengan transmisi automatic enam kelajuan dengan fungsi triptonic dan sport.
Peugeot 508 baru mempunyai lima pilihan warna, Pearl White, Bourrasque Blue, Pine Brown, Artense Grey dan Harla Grey.
Peugeot 508 : RM175,000
Peugeot 508 SW : RM185,000
Peugeot 508 GT : RM205,000