Bosch Baru Sahaja Mengeluarkan Laporan Tahunan Bagi Tahun

Bosch Baru Sahaja Mengeluarkan Laporan Tahunan Bagi Tahun

Jun 12, 2015

Bosch baru sahaja mengeluarkan laporan tahunan bagi tahun 2014. Untuk tahun itu, Bosch menunjukkan peningkatan jualan pihak ketiga di Malaysia sebanyak 14peratus kepada RM552 juta (127 juta euro) dan jumlah jualan bersih meningkat sebanyak 24peratus kepada RM3.6 bilion (828 juta euro).

Syarikat itu juga mempamerkan perkembangan terkini dalam syarikat, terutama di jabatan multimedia kereta yang terletak di Pulau Pinang.

Menurut syarikat itu, jabatan multimedianya telah memenangi anugerah dan sedang berkembang kerana ia telah ditetapkan sebagai salah satu pusat operasi utama oleh Bosch untuk membekalkan sistem kereta multimedia yang digunakan oleh syarikat-syarikat seperti Nissan, GM , Suzuki dan Proton.

Siaran Akhbar dari Bosch

Bosch, pembekal terkemuka dunia bagi teknologi dan perkhidmatan melaporkan peningkatan jualan pihak ketiga di Malaysia sebanyak 14 peratus kepada RM 552 juta (127 juta euro) pada tahun 2014. Jumlah jualan bersih pada tahun 2014 juga meningkat iaitu sebanyak 24 peratus kepada RM 3.6 bilion (828 juta euro).

Angka ini termasuk jualan syarikat tidak disatukan dan penghantaran dalaman kepada syarikat-syarikat Bosch lain. "Malaysia merupakan lokasi yang penting bagi kumpulan syarikat Bosch, sebagai pusat pengeluaran dan pasaran untuk produk dan perkhidmatan kami. Melihat permintaan global dan tempatan yang kian meningkat, terutama sekali dalam bidang infotainment kenderaan dan alatan berkuasa, kami menjangkakan untuk mencapai pembangunan jualan positif pada tahun-tahun mendatang, " kata Simon Song, Pengarah Urusan Bosch Malaysia.

Sehingga April 2015, Bosch Malaysia mempunyai tenaga kerja sebanyak 2,500 orang. Angka ini termasuk tenaga kerja dari syarikat pengambilalihan global BSH Hausgeräte GmbH (dulu dikenali sebagai BSH Bosch und Siemens Hausgeräte GmbH) dan Robert Bosch GmbH Automotive Steering (sebelum ini dikenali sebagai ZF Lenksysteme GmbH).

Kedua-dua syarikat ini sudah bertapak di Malaysia, dengan pejabat jualan BSH Hausgeräte GmbH di Petaling Jaya dan kilang Robert Bosch Automotive Steering GmbH di Pulau Pinang. Jika angka tenaga kerja dari pengambilalihan ini dikecualikan, tenaga kerja Bosch Malaysia meningkat kepada 2,200 orang berbanding tahun sebelumnya, lantas merupakan bilangan tenaga kerja terbesar Bosch di Asia Tenggara dengan lebih 40 peratus.
Bosch menjangka bilangan pekerja di Malaysia akan meningkat secara berterusan pada tahun mendatang.

Meningkatkan kemahiran pelajar dan tenaga kerja tempatan
Menurut Simon Song, pendidikan bakat-bakat tempatan merupakan satu bahagian penting dalam strategi penempatan Bosch di Malaysia: "Tenaga kerja berkemahiran tinggi amat penting bukan sahaja untuk membangunkan kepakaran dalam kecemerlangan inovatif, malah untuk meningkatkan kemampanan dan daya saing ekonomi Malaysia". Melalui inisiatif berfokuskan latihan dan pendidikan, Bosch secara aktif membentuk industri dengan memperkayakan kemahiran pelajar-pelajar dan tenaga kerja tempatan.

Pada bulan Mei 2015, Bosch menandatangani persefahaman strategik dengan Universiti Malaysia Pahang di mana Bosch menawarkan dua biasiswa untuk pelajar dalam bidang kejuruteraan mekatronik dan automotif. Persefahaman ini juga termasuk bengkel topikal dan praktikal teknologi Bosch dalam bidang penyelesaian mobiliti, mentor serta penempatan latihan amali di pusat penyelidikan dan pembangunan Bosch di Pulau Pinang bagi bahagian multimedia kereta dan alatan berkuasa. "Selain institusi pendidikan, kami juga berminat untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin industri dari badan kerajaan, syarikat awam dan swasta dalam menyumbang dari segi latihan, pendidikan dan perkongsian amalan terbaik," tambah Song.

Penyelesaian dari multimedia kereta di Pulau Pinang untuk pasaran global
Pada tahun 2014, entiti multimedia kereta di Pulau Pinang telah dipilih sebagai pusat pembangunan global untuk perkhidmatan beberapa barisan produk multimedia kereta Bosch. Di samping perkhidmatan kejuruteraan, pusat ini juga menyediakan sistem navigasi dan hiburan untuk penumpang kenderaan, sistem hiburan untuk lori dan bas serta aplikasi kenderaan yang berhubung untuk pasaran global. "Dengan pelantikan kilang multimedia kereta kami di Pulau Pinang dalam menawarkan perkhidmatan kepada barisan produk global, Malaysia merupakan negara strategik penting bagi kumpulan Bosch," kata Song. Sebab utama kilang multimedia kereta di Pulau Pinang dipilih sebagai pusat pembangunan global Bosch termasuk jurutera tempatan yang berkelayakan dan lokasi strategik kilang dalam membekal dan mengeksport produk ke seluruh dunia. Unit kejuruteraan multimedia kereta di Pulau Pinang bercadang untuk menggandakan jumlah tenaga kerja kepada 200 pada tahun mendatang.

Pelaburan dalam mengembangkan beberapa entiti Bosch di Malaysia
Bagi mengukuhkan lagi penampakan Bosch di Malaysia, syarikat telah melabur sejumlah RM 260 juta (60 juta euro) dalam masa tiga tahun lepas. Tiga daripada enam lokasi Bosch di Malaysia melalui pengembangan dan peningkatan tapak entiti pada tahun 2014. Pejabat korporat yang terletak di Petaling Jaya kini dilengkapi dengan pusat latihan baru untuk alatan berkuasa, diagnostik kenderaan, teknologi diesel dan sistem keselamatan. Kilang alatan berkuasa di Pulau Pinang berpindah ke lokasi baru yang terletak di Fasa 4 Taman Perindustrian Bayan Lepas, manakala kilang multimedia kereta Bosch berkembang dengan mengambil alih kilang alatan berkuasa lama. Pengembangan dan peningkatan ini membolehkan tambahan projek-projek penyelidikan, peningkatan dalam pengeluaran dan masa perkhidmatan yang lebih pendek.

Prospek perniagaan Kumpulan Bosch bagi tahun 2015
Kumpulan Bosch menjangka jualan global berkembang selaras dengan kadar pertukaran 3 hingga 5 peratus pada tahun 2015. Dalam sidang akhbar tahunan baru-baru ini di Jerman, CEO Bosch, Volkmar Denner berkata: "Kekuatan ekonomi dan teknologi kami dalam perniagaan yang ditubuhkan telah membantu kami meneroka segmen pasaran baru. "Produk yang berasaskan web dan perkhidmatan berasaskan internet merupakan salah satu tumpuan perniagaan masa depan syarikat. "Kami meneraju dan membentuk perkhidmatan and produk yang sentiasa berhubung dalam semua sektor perniagaan kami selain memain peranan aktif dalam bidang ini," tambah Denner. Pada tahun 2014, Bosch telah melancarkan lebih banyak produk baru berlandaskan penyelesaian berhubung, termasuk penyelesaian perisian sistem pemanasan pintar dan bangunan dan industri berhubung dalam bidang industri dan mobiliti.

Dengan pengambilalihan BSH Hausgeräte GmbH dan Robert Bosch GmbH Automotive Steering, Bosch telah mengukuhkan kedudukannya dalam bidang rumah pintar dan pemanduan automatik. Di Asia Pasifik, jualan Bosch meningkat 17 peratus (19 peratus selepas mengambil kira kesan kadar pertukaran) pada tahun 2014 kepada RM 56 bilion (13 bilion euro). Dengan 27 peratus jumlah hasil jualan, jualan rantau telah mencecah paras tertinggi baru. Pertumbuhan jualan terutamanya di China, meningkat secara nominal iaitu 27 peratus kepada RM28 bilion (6.4 bilion euro). Di Asia Tenggara, jualan Bosch mencapai pertumbuhan tahunan kira-kira tujuh peratus dengan menjana RM 3 bilion ( 671 juta euro).


Follow Us

Our Album