Kia Lancar Model Rio 5-pintu Baharu

Kia Lancar Model Rio 5-pintu Baharu

May 13, 2015

KIA LANCAR MODEL RIO 5-PINTU BAHARU

Naza Kia Malaysia baru sahaja mengumumkan pelancaran model baharu Rio 5-Pintu. Model Rio adalah antara kereta yang mencatat jualan tertinggi bagi KIA Motors di peringkat global iaitu sebanyak 491,613 unit pada tahun 2014.

Pelancaran model terdahulu di Malaysia ialah pada tahun 2013 telah menyaksikan sebanyak 3,250 unit telah terjual hingga kini.
Rio 5-Pintu Baharu dikuasakan dengan enjin KIA Gamma 1.4 MPI DOHC CVVT yang menghasilkan 109 PS dan 137 Nm ‘torque’, transmisi 4 kelajuan automatic bersama penukaran gear secara manual.

Kini didatangkan hanya dengan satu variasi, RIO 5-pintu ini ditawarkan dengan harga di atas jalan RM79,080.00 dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan. Menariknya harga Rio 5-Pintu Baharu ini kekal seperti model terdahulu termasuk harga GST dan insurans.

“Rio 5-Pintu Baharu ini direka untuk mencetuskan revolusi bagi kereta kompak yang menjadi pemacu pertumbuhan jualan Kia. Model baharu ini juga menonjolkan kehebatan dan personaliti tersendiri yang berlainan, menampilkan model Segmen–B terkini diantara barisan model-model KIA yang mengutamakan rekabentuk menyerlah serta moden,'' kata Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia.

“Untuk tahun 2015, kami mensasarkan peningkatan jumlah jualan kepada 11,000 unit dan model terbaharu Rio 5-Pintu Baharu ini akan memainkan peranan penting bagi mencapai sasaran itu,'' tambah beliau.

Bahagian dalaman Rio-5 Pintu Baharu menampakkan ciri-ciri stereng teleskopik dengan kawalan audio bebas tangan, butang penghidup enjin dan system audio dengan 6 pembesar suara.

Selain dari ‘Bluetooth’, ‘Auxiliary’ dan penyambungan USB, sistem audio juga didatangkan dengan memori 860MB bagi menyimpan musik MP3 dan senarai nombor telefon.

Ciri-ciri premium yang lain termasuklah ‘sunroof’ dan system pengawasan kluster berkomputer, system penghawa dingin automatic dengan kluster ionizer serta system penyahkabus dan pengesan hujan yang berfungsi secara automatic apabila mengesan hujan pada cermin hadapan.

Bagi ciri-ciri keselamatan terbaik, Rio 5-Pintu Baharu dilengkapi dengan Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengagihan Brek Elektronik(EBD), Brek Anti Kekunci (ABS), Sistem Bantuan Brek (BAS), Alat Pengesan Ruang Parkir Belakang, Sistem Bantuan Kawalan Awal Pendakian (HAC) dan cirri keselamatan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di bahagian belakang.

Rio 5-Pintu Baharu ini didatangkan dalam 4warna, iaitu ‘Deep Blue’, ‘Signal Red’, ‘Clear White’ dan ‘Bright Silver’.


Follow Us

Our Album