Oct 15, 2015
Selama beberapa hari ni, kami ada perasan kehadiran lori-lori berat di atas lebuhraya Duke. Dua gambar yang kami sempat tangkap menunjukkan dua lori di mana satu penuh dengan muatan pasir (yang panjang) dan satu lagi dengan batu kerikil.
Lori yang membawa pasir itu bergerak punyalah perlahan sampai ada motosikal beroda tiga boleh memotong tanpa perlu memerah enjinnya dengan kuat. Lori yang satu lagi tu (gambar diambil selepas kejadian berlaku), jelas memandu melebihi had laju kerana memotong kami yang sedang memandu pada had kelajuan lebuhraya itu iaitu 90km/j.
Jadi, kami merasakan keselamatan kami tergugat apabila lori-lori ini berada di atas jalan dan kami tertanya juga, adakah lori-lori ini memenuhi segala piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh penguatkuasa untuk beroperasi di atas jalanraya?
Siapa lagi ada perasan perkara ini?
#jpj #jkjr #jalanbaek #panduaman #pemanduanselamat #jalanrayapermai