Oct 28, 2015
Berlangsung sekarang ialah hari pertama pameran Tokyo Motorshow, dan antara berita yang awal kami terima ialah pelancaran model baru dari Honda, iaitu Civic Type R yang terbaru.
Dikatakan akan mula dijual Jepun pada awal bulan Disember dengan hanya 750 unit disediakan, Civic Type R baru ini adalah model Civic Type R yang paling berkuasa setakat ini.
Honda dapat mencatatkan masa tujuh minit limapuluh saat untuk melengkapkan trek bahagian utara Nurburgring, Jerman. Rekod paling laju untuk kereta kelas “Production FF”.
Untuk pertama kali model jenis ini dilengkapi dengan enjin berkuasa turbo dan Direct-Injection, membantu enjin 2 liter itu manjana sebanyak 310ps dan 400Nm kuasa tork.
Seperti biasa, kotak gearnya adalah jenis manual enam kelajuan dan rim 19inci.