Honda Mengumumkan Akan Mempamerkan Kereta Projek Honda 2&4

Honda Mengumumkan Akan Mempamerkan Kereta Projek Honda 2&4

Sep 09, 2015

Honda mengumumkan akan mempamerkan kereta Projek Honda 2&4 di Frankfurt Motor Show di Jerman yang akan berlangsung pada pertengahan bulan ini.

Kereta Projek Honda 2&4 ini dikuasai oleh enjin RC213V yang sama yang digunakan pada teknologi motosikal MotoGPnya.

Output kuasa puncak adalah lebih 215PS pada 13,000rpm manakala tork puncak lebih 118Nm diserahkan pada 10,500rpm. Penghantaran kuasa disalurkan keroda belakang melalui transmisi DCT enam kelajuan.

Projek ini adalah hasil dari pertandingan rekabentuk Honda dan kereta ini adalah pemenang pertandingan itu damana 80 pereka dan pencipta menyertai pertandingan tersebut.

Kerata ini adalah hasil dari penyertaan gabungan studio rekabentuk motosikal Honda Asaka dan studio rekabentuk kereta Honda Wako.

Nampak minimal tetapi ia mungkin menjadi sesuatu yang biasa dimana ia adalah kenderaan yang kita pandu dimasa akan datang, anda setuju?


Follow Us

Our Album