Oct 27, 2015
KEKUATAN SI ISTERI MEMBANTU MENYEMARAKKAN DUNIA PERMOTORAN
Kita sering mendengar cemuhan kaum adam mengatakan yang kaum hawa tidak pandai memandu, “drive like a woman” di herdiknya.
Tapi, tahukah anda bahawa pemanduan jarak jauh pertama menggunakan kereta telah dilakukan oleh seorang perempuan?
Dan dari pemanduan itu, terlahirnya industri permotoran?
Pada tahun 1888, dua tahun selepas Karl Benz mendapat paten automobil pertama di dunia, Bertha Benz, isteri dan rakan niaga kepada Karl, secara senyap-senyap memandu kereta ciptaan suaminya untuk pulang ke kampung.
Bertemankan dua anak mereka, Richard dan Eugen, Bertha memandu kereta itu sejauh 106km dari rumah mereka di Mannheim ke Pforzheim yang telah memakan masa dari matahari terbit sehingga ke waktu senja.
Pemanduan kenderaan bermotor seperti yang Karl cipta dan pencipta yang lain adalah cuma secara percubaan jarak dekat yang selalunya diiringi kereta kuda dan krew sokongan.
Walaupun secara rasmi Bertha berkata dia mahu pergi ke rumah emaknya, tetapi sebab utama dia berbuat sedemikian adalah untuk menunjukkan kepada sumainya yang ciptaan dia boleh melakukan apa yang mereka impikan. Karl pada ketika itu masih mempunyai keraguan terhadap ciptaannya sendiri.
Tetapi perjalanan Bertha tidak datang tanpa masaalah, yang pertama sekali ialah bahan api.
Petrol belum lagi dikira sebagai bahan api yang sedia ada, ini hanya menjadi kebiasaan bila kereta manjadi lebih popular.
Sebaliknya kereta Karl Benz menggunakan ligroin, sejenis pelarut mudah terbakar yang hampir komposisinya dengan petrol, ia boleh didapati di kedai “apothecary” atau kedai ubat.
Walaupun kerata itu tidak mempunyai tangki simpanan bahan api seperti yang ada pada kereta moden, karburetornya ada mengandungi 4.5 liter ligroin.
Bertha akan berhenti dan mengisi bahanapi itu setiap kali ada kedai ubatan yang telah diketahui semasa dia membuat perjalanan yang sama sebelum itu tetapi menggunakan kereta kuda.
Selain berhenti untuk mengisi bahan api, Bertha juga terpaksa berhenti beberapa kali untuk sama ada mengisi air kedalam sistem penyejuk atau membaikpulih karburetor yang tersumbat.
Dan dengan bantuan seorang tukang kasut, dia menampal kulit pada brek yang diperbuat daripada kayu, sama jenis yang digunakan pada kereta kuda untuk membuatkan ia lebih efektif. Dengan itu terciptanya brek pad pertama.
Bertha akhirnya memberitahu dia telah sampai dirumah ibunya pada Karl dengan menggunakan telegram. Dia kemudiannya memandu kembali ke Mannheim pada keesokan harinya.
Dari pengembaraan bersejarah itu, terlahirlah industri permotoran apabila Karl mula mendapat tempahan untuk ciptaannya.
Ada banyak lagi sumbangan dari kaum wanita kepada dunia permotoran (cerita lain dimasa akan datang), jadi sebelum anda menjadi seorang seksis dan berkata hanya pemandu perempuan yang membuat salah ketika menggunakan jalanraya, fikirkan dahulu fakta ini.
Nak lagi cerita seperti ini?
Sumber gambar dari Wikipedia