Oct 28, 2015
Selain dari Civic Type R yang baru, Honda juga melancarkan beberapa model baru dan juga konsep di paneran Tokyo Motorshow yang ke44 hari ini di Tokyo Jepun.
Antara yang lancarkan ialah NSX yang baru (kami telah berkongsi pengalaman rakan kami memandu kereta itu di Jepun), FCV, sebuah kenderaan konsep yang menggunakan teknologi “fuel cell”.
Dekat sikit pada kemungkinan kita dapat pandu disini ialah Odyssey Hybrid dan kereta sport yang comel, S660 manakala kenderaan konsep yang dilancarkan ialah Project 2&4, Wander Stand dan Wander Walker.