Video Terbaru Kami, Minta Maaf Kalau Delay Lama

Video Terbaru Kami, Minta Maaf Kalau Delay Lama

Sep 07, 2015

Video terbaru kami, minta maaf kalau delay lama sikit, banyak projek khas.
Dalam video ini, kita lihat Hisham membebel bab pemanduan prestasi tinggi.
Ia sesuatu yang mungkin ramai pandang remeh. Ya lah, tak semua mahu menjadi "racer". Tetapi pada hakikatnya ia mungkin dapat menyalamatkan nyawa anda dan keluarga anda satu hari nanti.
Seperti yang belaku semasa penggambaran Roda Pusing baru-baru ini, dimana kereta klasik yang dipandu Hisham mengalami masalah teknikal semasa dipandu dalam kelajuan 100km/j.
Bearing roda belakang kanan secara tetiba telah sangkut dan tak boleh berpusing, menyebabkan bahagian belakang kereta itu meliar kekiri dan kekanan seperti ular kena palu.
Nasib baik Hisham dengan selamba kambingnya dapat mengawal kereta itu sehingga ia selamat berhenti di bahu jalan, 300 meter selepas roda itu mula terkunci.
P/S - tiada ular atau kambing tercedera dalam adegan kecemasan itu...
https://youtu.be/dyh0KVdZoKg


Follow Us

Our Album