Mar 18, 2017
Pengumuman: Kami ada lepaskan satu kesilapan kecil dalam video ini. Bagi siapa yang peka & dapat kenalpasti, sila mesej di FB kami & comment di ruang comment Youtube menyatakan anda telahpun kirim mesej. Untuk 3 jawapan tepat yang pertama kami sediakan saguhati merchandise jenama automotif.
Setelah menerbitkan ujian AEB dengan Ioniq ini tempoh hari, ramai yang bertanya mengapa gagal ujian itu? Di sini kami jelaskan lebih mendalam fungsi sistem pemanduan autonomi masakini seperti yang ada pada Ioniq ini.
Ya kami bertindak sedikit nakal menyediakan keadaan ujian yang mampu menggagalkan sistem ini. Antara sebabnya adalah kami ingin menarik perhatian awam kepada sistem ini yang sebelum ini tidak berapa mendapat sambutan pada video kami yang lepas seperti video teknologi Volvo XC90.
Kami yakin teknologi keselamatan ini akan menjadi kepiawaian untuk semua kereta tak lama lagi. Dan buat pertama kali ditawarkan dalam sebuah kereta segmen C mampu milik oleh Hyundai. Satu pencapaian yang patut disanjung.
Kami juga terjumpa sebuah video hasil media Korea yang menguji sistem pemanduan autonomi Ioniq ini. Boleh anda tonton melalui pautan berikut:
https://youtu.be/vP2to5BqS7c
Boleh juga rujuk kepada laporan lanjut ujian AEB kami oleh Carlist.my di pautan berikut:
https://m.carlist.my/news/video-bm-we-test-hyundai-ioniqs-aeb-roda-pusing/44473
Harga atas jalan dengan insuran: RM103,390.27 (HEV), RM117,428.55 (HEV Plus)
Spesifikasi:
Enjin:
Kappa, 4-Silinder Sebaris, Atkinson, GDI, 1580cc
Kuasa Maksima [ps@rpm]:
105ps @ 5,700rpm
Tork [Nm@rpm]:
147Nm @ 5000rpm
Motor Elektrik:
Kuasa Maksima: 43hp
Tork: 170Nm
Kadar Pembakaran Bahanapi:
Bandar: 17.2km/liter
Lebuhraya: 23.8 km/liter
Maklumat lanjut:
http://www.hyundai.com.my/showroom/ioniq
Sila ikuti kami juga di:
Facebook: www.facebook.com/rodapusingmy
Instagram: @hishamjahudi @albakry7
Website: www.motomassa.com.my
https://youtu.be/wWwdpxU0aW0