Silakan Tonton Video Review Proton Persona.

Silakan Tonton Video Review Proton Persona.

Apr 12, 2017

Silakan tonton video Review Proton Persona.

Terbitan Review ini juga menandakan permulaan kereta 'Projek' kami iaitu sebuah Proton Persona yang baru saja kami beli. (Bukan kereta yang dipandu uji dalam video Review ini).

Tujuan Projek Persona ini adalah:

1. Sebagai pandu uji jangkamasa panjang, memaparkan pengalaman pemilikan Proton Persona untuk sekurang-kurangnya selama 2 tahun dengan laporan berkala seperti semasa servis berjadual. Kereta ini tidak melibatkan sama sekali pihak Proton. Dibiayai Roda Pusing sepenuhnya dan proses pembeliannya juga tidak diketahui sesiapa. Ini agar kereta yang kami terima tidak mendapat sebarang persiapan istimewa.
Tapi sekadar laporan pertama, proses pembelian agak memuaskan setakat ini. Perkhidmatan jurujual amat cekap dan hanya tinggal penerimaan kereta minggu hadapan. Kami tidak dapat merakam video untuk proses pertama ini demi mengekalkan rahsia pembelian kami.

2. Untuk ditingkat taraf dengan aksesori dan kelengkapan supaya dapat menjadi rujukan kepada para penonton untuk kereta milik sendiri.
Kami sudahpun merancang beberapa produk & perkhidmatan untuk Projek ini. Harus dinyatakan yang setiap pembekal yang terlibat juga merupakan penaja. Tetapi kami hanya memilih penaja yang berkualiti & yang kami yakini.

Jika ada sebarang cadangan atau pengesyoran untuk kami sertakan dalam Projek ini sila ajukan dalam ruang komentar. Tolong Like & Share juga jika anda minati usaha Projek kami ini.

https://youtu.be/CtEKUP66phY


Follow Us

About Us

Malaysian Motoring Video Broadcaster Please visit our YouTube Channel for our Videos: https://www.youtube.com/user/RodaPusing

Our Album