Nov 17, 2015
Rakan-rakan di Carlist berkesempatan menemubual CEO Perodua di Tokyo Motor Show. Kata beliau Perodua akan pertingkatkan sumbangan kejuruteraan daripada kakitangan tempatan terutamanya bahagian badan atas. Rekabina bahagian enjin, transmisi & kerangka bawah tetap dari Daihatsu, Jepun. Ini menampakkan perkembangan kemampuan jurutera tempatan di Perodua. Ini juga merupakan model sedan Perodua yang pertama dan Daihatsu tidak mempunyai sebarang model sedan di pasaran dunia. Sila baca untuk keterangan lanjut. (Artikel berbahasa Inggeris)