Jentera Lumba Vios Yang Akan Beraksi Dalam Vios

Jentera Lumba Vios Yang Akan Beraksi Dalam Vios

Jul 14, 2017

Jentera lumba Vios yang akan beraksi dalam Vios Challenge pada perlumbaan pertama di Pulau Pinang pada 12 dan 13 Ogos depan setakat ini menerima maklum balas positif dari pelumba-pelumba terkenal.

Ia akan menampilkan barisan pelumba berpengalaman seperti Keifli Othman, Boy Wong, Kenny Lee, James Veerapan, Syafiq Ali, Mark Darwin, Mitchel Cheah, Rocky Seow, Akina Teo dan Tengku Djan Ley yang pasti mahu bersaing sengit untuk menaiki podium dalam siri Vios Challenge untuk julung kalinya.

Keifili Othman: “Ia pasti akan menjadi perlumbaan yang sangat sengit. Vios ini sangat responsif dan mudah dikendalikan. Jadi, pelumba baru dan berpengalaman pasti seronok ketika memandu jentera ini sepanjang perlumbaan.”

Kenneth Koh: “Kereta ini sangat mudah dipandu, saya sudah dapat membiasakan diri selepas hanya beberapa pusingan. Ia sangat seimbang dengan kuasa, pengendalian, brek dan pecutan yang secukupnya. Jadi saya fikir ia mudah untuk pelumba amatur dan berpengalaman untuk mengandalikannya.”

Boy Wong: “Ia akan menjadi perlumbaan tentang kelajuan dari awal hingga akhir. Anda tidak akan mempunyai peluang untuk berfikir tentang strategi dalam perlumbaan. Semua orang akan berusaha untuk berada di hadapan. Jadi, sama ada anda perlu terus memperbaiki atau mengekalkan kedudukan.”

CY Ong: “Berpengalaman memandu Vios, saya percaya bahawa kereta ini akan memberi kelebihan kepada pemandu yang lebih sabar dan lancar. Caranya adalah memandu dengan lancar ketika mengambil selekoh. Saya fikir, pemandu yang sedar tentang perkara ini akan dapat berlumba dengan baik.”

Vios Challenge bakal menjadi acara utama dalam Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival. Sebanyak 40 unit jentera lumba telah dibina dengan spesifikasi yang sama dan menggunakan alat ganti perlumbaan yang kebanyakannya diambil dari Toyota Racing Development (TRD).


Follow Us

Our Album