Anugerah Pengedar Paling Berprestij Oleh Ford Direct Markets

Anugerah Pengedar Paling Berprestij Oleh Ford Direct Markets

Nov 04, 2020

Anugerah Pengedar Paling Berprestij oleh Ford Direct Markets bagi Menghargai Kepimpinan dan Usaha Mengekalkan Kesetiaan dan Kepuasan Pelanggan

KUALA LUMPUR, Malaysia, November 2, 2020 - Anugerah Chairman’s Award Ford, sebuah program tahunan yang dilancarkan pada 2016 secara serantau bagi menghargai pengedar-pengedar cemerlang dalam aspek Kepuasan Pelanggan, baru-baru ini mengumumkan pemenangnya untuk tahun 2019.

“Anugerah ini bukan sekadar penilaian berdasarkan hasil tinjauan, tetapi ia juga pengukur tahap kepimpinan, komitmen dan daya saing, “ujar Randy Krieger, Presiden Direct Markets Ford. “Ia merupakan ciri-ciri penting sesebuah organisasi yang berjaya, sama seperti para pemenang tahun ini yang menunjukkan prestasi cemerlang terhadap para pelanggan, kakitangan dan pemegang saham.”

Anugerah Chairman’s Award ini terus berkembang dalam memastikan semua Pandangan Pelanggan untuk Jualan dan Perkhidmatan (CVP) menjadi kepentingan utama, dan juga kriteria terpenting dalam pemilihan pemenang tahunan, Jualan Kenderaan Baharu, Jualan Pembelian Alat Ganti dan Laporan Kewangan Standard Ford turut memainkan peranan penting dalam mengenal pasti kerja keras pengedar-pengedar dalam menaikkan jenama Ford.

Ini juga merupakan kali kedua Ford menggandingkan Anugerah Chairman’s Award bersama Anugerah Presiden, Anugerah khusus kepada pengurus-pengurus di Timur Tengah, Amerika Utara dan Sub-Sahara Afrika. Anugerah ini diberikan kepada beberapa Pengarah dan juga Pengurus cemerlang untuk beberapa kategori iaitu Jualan Terbaik CVP, Perkhidmatan Terbaik CVP dan Jualan Alat Ganti Terbaik.

Kesuluruhannya Direct markets Ford mengumumkan 14 pemenang, dari Angola, Mesir, Kuwait, Malaysia, Mongolia, Maghribi, New Caledonia, Oman, Papua New Guinea, Qatar, Arab Saudi, Seychelles, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Samoa Barat. Walaupun sebanyak 18 anugerah dipertandingkan dan enam pemenang Anugerah Chairman’s Award yang menjadi rebutan, Al Tayer Motors daripada UAE, Oceanic Motors daripada Seychelles, dan Sime Darby Auto ConneXion daripada Malaysia mendapat markah tertinggi untuk kedua-dua kategori berprestij itu serta mendapat sekurang-kurangnya satu trofi setiap satu. SCAMA di Maghribi terus melakar sejarah kecemerlangan khidmat pelanggan dengan memenangi Anugerah Chairman’s Award untuk kali ke-sembilan.

Program Anugerah Chairman’s Award ini merupakan cara Ford menghargai usaha berterusan para pengedarnya dalam memastikan para pelanggan Ford kekal setia dan berpuashati. Komitmen dan sumbangan cemerlang para pengedar terhadap jenama Ford merupakan kepentingan paling utama disamping Ford bersama-sama rakan kongsinya berhasrat untuk menjadi syarikat yang paling dipercayai di dunia.


Follow Us

About Us

Malaysian Motoring Video Broadcaster Please visit our YouTube Channel for our Videos: https://www.youtube.com/user/RodaPusing

Our Album