Ford Ranger Wildtrak Baharu

Ford Ranger Wildtrak Baharu

Oct 26, 2020

FORD RANGER WILDTRAK BAHARU
- Khas Untuk Jiwa Pengembara

Ford Ranger WildTrak siap siaga untuk menempuh segala cabaran sang pengembara. Trak pikap ini dibina untuk prestasi dan dilengkapi teknologi inovatif terkini. Semestinya pilihan kegemaran tokoh-tokoh korporat yang juga mengutamakan penampilan segak bagi memenuhi citarasa gaya hidup kosmopolitan bandar.

Varian High Rider 4x4 ditawarkan dengan enjin 2.0L Bi-Turbo dengan transmisi 10-kelajuan yang sama seperti yang didapati pada Ford Ranger Raptor. Prestasi kuasa pacuannya tiada tandingan dengan 213 PS dan 500 Nm.

Pengalaman pemanduannya dipertingkatkan lagi dengan kelengkapan sistem keselamatan canggih yang pertama dalam segmennya. Seperti juga Ford Ranger Raptor, terdapat fungsi Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Amaran & Bantuan Keluar Lorong (LDW). Tetapi tambahan lagi, Ford Ranger WildTrak juga mempamerkan ciri Parkir Selari Separa Automatik (SAPP) dan Kawalan Meluncur Bolehsuai (ACC).

Faktor kemudahan dalam kabin pula tidak diabaikan. Kerusi kulit premium WildTrak dengan kerusi pemandu berpelarasan kuasa 8-hala, pendingin hawa berfungsi automatik dwi-zon, cermin pandang belakang berpemalapan automatik dan unit multimedia dilengkapi sistem Ford SYNC®️ 3 dengan skrin sesentuh 8”.

Satu ciri kemudahan yang menarik adalah teknologi peluput bunyi aktif yang berfungsi dengan sistem audio 6 pembesar suara untuk mengimbangi gelombang bunyi bagi menyamankan suasana dalam kabin.

Sememangnya Ford Ranger WildTrack 2.0L Bi-Turbo 4x4 Automatik High Rider merupakan sebuah trak pikap yang memenuhi citarasa gaya hidup korporat bandar berjiwa pengembara.

Untuk memudahkan lagi pemilihan anda untuk trak pikap berdaya maju ini, pihak Sime Darby Auto ConneXion kini menawarkan pakej penyelenggaraan 2 tahun percuma (4 servis atau 40,000km yang mana dahulu), ataupun rebat RM2,000. Tawaran ini boleh didapati kini sehingga 31 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

https://www.sdacford.com.my/bm/model/trak/ranger-wildtrak/laman-utama


Follow Us

About Us

Malaysian Motoring Video Broadcaster Please visit our YouTube Channel for our Videos: https://www.youtube.com/user/RodaPusing

Our Album