Ford Ranger Xlt Plus

Ford Ranger Xlt Plus

Oct 20, 2020

FORD RANGER XLT PLUS
- Wira hujung minggu.

Trak pikap yang padan untuk kegunaan seharian ini juga menjadi rakan permotoran terbaik untuk aktiviti riadah dan pemanduan jelajah bersama pemilik-pemilik Ford Ranger yang lain.

Ford Ranger XLT Plus ditawarkan dengan enjin 2.0 Si-Turbo VGT terkini yang digandingi transmisi automatik 10-kelajuan dengan Selectshift. Enjin ini menjana 180 PS dan 420 Nm tork, memberikan bukan sahaja prestasi yang mengagumkan malahan penjimatan bahan api dan operasi yang lebih senyap.

Sistem penyanggaan Ford Ranger XLT Plus dilengkapi suspensi jenis dwi-tetulang (double wishbone) di hadapan, pembeda berkunci di gandar belakang dan sistem kemudi rak dan roda gerigi berkuasa elektrik. Ini memastikan gaya pemanduan yang tepat dan mengujakan, melangkaui tanggapan pemanduan untuk sebuah trak pikap.

Kepuasan pemanduan ditingkatkan lagi dengan kelengkapan kemudahan dalam kabin yang menyeluruh untuk pemandu dan penumpang. Panel meter pemandu memaparkan dua skrin maklumat TFT 4”. Sistem multimedia pula bercirikan skrin sesentuh 8” dengan perisian SYNC®3 terkini yang menyokong aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay serta pengaktifan suara.

Untuk memudahkan lagi pemilihan anda untuk trak pikap serba boleh ini, pihak Sime Darby Auto ConneXion kini menawarkan pakej penyelenggaraan 2 tahun percuma (4 servis atau 40,000km yang mana dahulu), ataupun rebat RM2,000. Tawaran ini boleh didapati serta merta sehingga 31 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.sdacford.com.my/bm/model/trak/ranger-xlt/laman-utama


Follow Us

About Us

Malaysian Motoring Video Broadcaster Please visit our YouTube Channel for our Videos: https://www.youtube.com/user/RodaPusing

Our Album